Cari @ Amanz

Realme Buds Q2s Boleh Dibeli Di Malaysia Pada RM139

Link Copied!

Acara hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk Realme Buds Q2s untuk pasaran tempatan. Ia merupakan ang merupakan set fon telinga bluetooth ini mempunyai putik telinga dan pod simpanan yang lutcahaya.

Bagi yang berminat, ia boleh dibeli pada RM139 dengan pilihan warna seperti hitam, putih dan hijau. Ia bagaimanapun oleh dibeli pada harga promosi serendah RM99 untuk tempoh masa terhad. Diskaun sebanyak RM350 turut diberikan untuk mana-mana pembelian yang dibuat secara bundle dengan Realme GT Neo 3.

Untuk spesifikasi, Realme Buds Q2s dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm, ketahanan bateri mencapai 30 jam dengan pad pengecas dan sokongan ENC berasaskan AI untuk panggilan lebih baik.
Fon telinga turut menyokong codec AAC dan SBC, di samping sokongan masa pendam 88ms.

Bateri pada putik audio memberikan penggunaan sehingga 7 jam atau sehingga 30 jam dengan pad pengecas. Pengecasan semula adalah menerusi post USB-C tetapi tidak secara nirwayar. Sistem audio Dolby Atmos turut disertakan sekali.


Komen ()