Cari @ Amanz

Siri komputer riba gaming ROG Zephyrus G diperkenalkan beberapa tahun lalu untuk memperlihatkan kemampuan syarikat tersebut untuk memuatkan komponen-komponen gaming berkuasa didalam rekaan komputer riba yang nipis dan ringan.

ASUS telah mengemaskini dua model komputer riba ROG Zephyrus mereka, iaitu ASUS ROG Zephyrus G14 dan Zephyrus G15 dengan komponen-komponen baru keluaran AMD dan juga NVIDIA.

Bermula dengan ROG Zephyrus G14, komputer riba ini mengekalkan penggunaan panel bersaiz 14 inci, tetapi berbeza dengan penawaran sebelum ini, ia menggunakan panel ROG Nebula Display, dimana paparan ini tampil dengan resolusi QHD (2560×1600) dengan kadar segar semula 120Hz dengan nilai kecerahan setinggi 500nit.

Komputer riba ini dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 7 6800HS, pilihan memori DDR5 16GB ataupun 32GB dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB. Dari segi penawaran kad grafik pula, ROG Zephyrus G14 tahun ini dilihat model pertama yang dikuasakan oleh konfigurasi penuh AMD, menggunakan kad grafik AMD Radeon RX 6700S.

Sama seperti model-model ROG Zephyrus G14 sebelum ini, komputer riba ini akan tampil dengan paparan LED AniMe Matrix dibelakang paparan yang boleh menunjukkan pelbagai rekaan statik dan animasi yang menarik.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa komputer riba ROG Zephyrus G14 dengan spesifikasi terbaru sudah mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM8499 untuk model dengan 16GB memori DDR5 dan RM9999 untuk model dengan konfigurasi memori DDR5 32GB. Setiap pembelian komputer riba ini juga akan tiba dengan kod langganan Microsoft PC Game Pass untuk sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd