Microsoft Akan Tamatkan Sokongan IE Mode Pada Edge Sehingga 2029
June 15, 2022
Microsoft
Aman
Dengan penamatan sokongan untuk pelayar web Internet Explorer hari ini, pihak Microsoft turut mengumumkan mereka akan menyokong IE Mode sehingga sekurang-kurangnya tahun 2029 kelak.
IE Mode ditawarkan pada pelayar web Microsoft Edge, memudahkan perusahaan untuk menggunakan web yang dioptimasikan untuk IE tanpa masalah melalui Edge.
Microsoft mengatakan mereka akan memberikan peringatan kepada pengguna sekurang-kurangnya setahun sebelum IE Mode ditamatkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.