Carian
Baidu Dilaporkan Ingin Menjual Pegangaan Majoriti Pada iQiyi
June 15, 2022 Aman

Baidu, salah satu gergasi di China kini dilaporkan ingin menjual pegangan majoriti mereka di perkhidmatan penstriman video popular, iQiyi.

Baidu pada hari ini mempunyai pegangan sebanyak 53% pada iQiyi, selain 90% hak undi pemegang saham.

iQiyi pada hari ini dinilaikan sekitar $4 bilion pada penyenaraian di Nasdaq, tetapi Baidu menilaikan ia pada sekitar $7 bilion untuk dijual pegangannya.

Buat masa ini, iQiyi mengatakan ia sekadar spekulasi pasaran sahaja, dan tidak diketahui siapakah yang akan membeli pegangan yang dimiliki oleh Baidu pada hari ini.

Komen