Pepijat Pada Instagram Membuatkan IG Stories Perlu Ditonton Berulang Kali
June 15, 2022
Aplikasi
Aman
Hari ini, sejumlah pengguna melaporkan pepijat pada ciri Instagram Stories, membuatkan sesuatu Stories tersebut perlu ditonton berkali-kali, dan tidak hanya memaparkan sesuatu IG Stories yang belum ditonton sahaja.
Melalui pepijat ini, walaupun anda telah melihat sesuatu IG Stories, ia masih memaparkannya daripada awal kembali.
Kebiasaannya, sesuatu Stories tersebut hilang selepas ditonton, dan hanya memaparkan perkongsian baharu sahaja.
Ia tidak diketahui apakah yang mengakibatkan kepada pepijat ini. Bagi anda yang menggunakan Instagram Stories, adakah anda terkesan dengan pepijat ini juga?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.