Cari @ Amanz

Nothing hari ini secara rasminya berkongsi akan gambar untuk telefon pintar mereka secara rasminya, yang bakal dilancarkan pada 12 Julai 2022 kelak.

CEO Nothing memilih untuk berkongsi gambar rekaan belakang telefon pintar berkenaan memandangkan ia agak sukar untuk mengawal ketirisan gambar produk sebelum ia dilancarkan.

Melalui apa yang dipertontonkan, ia seperti membawakan rekaan sedikit lutsinar – tetapi tidak memaparkan komponen dalaman. Nothing dijangka menyertakan lajur bercahaya pada bahagian belakang telefon ini, membolehkan pengguna mengawal warna padanya.

Dengan tempoh pelancaran sekitar sebulan lagi, sama-sama kita nantikan apakah lagi yang bakal dikongsikan oleh Nothing tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd