Trend penurunan nilai Bitcoin meneruskan trend penurunan hari ini dengan ia menjunam ke RM 89,104 yang adalah lebih rendah berbanding RM104,424 yang dicatatkan hanya dua hari yang lalu. Nilai Bitcoin dan beberapa mata wang kripto utama masih belum menunjukkan ia akan pulih dalam masa terdekat.

Ketidaktentuan ekonomi global, kos sara hidup meningkat, inflasi dan pelbagai lagi faktor menyebabkan pelabur menjual pegangan wang kripto mereka sekarang. Ini menyebabkan nilai wang kripto utama turun mendadak sejak awal tahun ini. Sungguhpun begitu masih ramai yang melihat ini ialah masa yang terbaik untuk membeli Bitcoin dengan harapan ia akan meningkat semua seperti yang berlalu beberapa kali sebelum ini.