Cari @ Amanz

Kamera Leica mempunyai nilai yang tersendiri dengan namanya juga gah di kalangan peminat fotografi. Selepas melakukan kerjasama dengan Huawei, Leica semakin dikenali ramai dengan kamera mereka sinonim dengan kualiti gambar yang tinggi serta mempunyai cirinya yang tersendiri. Di acara Leitz Photographica Auction  yang ke 40, sebuah Leica 0-Series telah berjaya dilelong pada harga €14.4 juta(~RM 66.7 juta) yang sekaligus menjadikannya kamera paling mahal di dunia.

Sebanyak 23 unit Leica 0-Series pernah dihasilkan pada tahun 1923 dan dipercayai hanya sekitar 12 masih wujud. 0-Series dikeluarkan dalam jumlah yang kecil bagi melihat sama ada terdapat permintaan untuk kamera Leica. Hanya selepas itu Leica A-Series dikeluarkan secara rasmi untuk pasaran terbuka.

Nilai lelongan yang dicapai adalah hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian asal. Selain merupakan kamera terawal keluaran Leica, kamera ini juga pernah dimiliki oleh Oskar Barnack yang juga merupakan pengasas syarikat. Oleh seba inilah ia kini menjadi kamera paling mahal di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd