YouTube Shorts Kini Mempunyai Lebih 1.5 Bilion Penonton Aktif Setiap Bulan
June 15, 2022
Google
Aman
Google kini berkongsi mengatakan lebih daripada 1.5 bilion pengguna menonton YouTube Shorts secara aktif setiap bulan.
Perkongsian ini sekaligus memperlihatkan populariti format baharu video yang dipopularkan oleh TikTok berkenaan yang kini menerima angka tontonan tinggi dari hari ke hari.
Selain YouTube, Meta melalui Instagram turut memfokuskan format ini, dimana mereka menggelar ia sebagai Reels.
Sebelum ini, Google turut pernah berkongsi yang mana lebih 30 bilion tontonan di Shorts berlaku pada setiap hari. Malah, Google sendiri memperuntukkan sejumlah dana memfokuskan pengkarya untuk menerbitkan video Shorts di YouTube.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.