Cari @ Amanz

Starlink dilancarkan oleh SpaceX bagi memberikan akses internet ke kawasan-kawasan yang terpencil di muka bumi menggunakan satelit. Sejak memulakan operasi ia telahpun digunakan oleh syarikat penerbangan serta medan perang di Ukraine selepas infrastruktur sedia ada dimusnahkan. Kini Starlink akan digunakan pula dalam industri perkapalan.

Syarikat kapal persiaran Royal Caribbean mengumumkan mereka akan menguji sistem Starlink pada beberapa kapal milik mereka. Permohonan untuk menguji Starlink telahpun diserahkan kepada FCC oleh Royal Caribbean. Royal Caribbean berharap dengan Starlink kelajuan internet di atas kapal dapat ditingkatkan dari 3–5 Mbps ke 50–250 Mbps yang berkali ganda lebih laju.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd