Cari @ Amanz

Facebook masih merupakan platform media sosial terbesar dunia dengan berbilion pengguna bulanan. Dominasi mereka mula dicabar oleh TikTok yang mempunyai pengguna berusia lebih muda yang diperlukan untuk meneruskan operasi. Menurut laporan The Verge, dalam memo yang diedarkan kepada kakitangan, Meta ingin Facebook lebih menyerupai pengalaman menggunakan TikTok.

Ini tidak terhad sekadar memaparkan Reels pada susur masa untuk tontonan video singkat tanpa henti tetapi juga menguji memaparkan kandungan pengguna lain secara rawak pada susur masa berdasarkan algoritma seperti yang dilakukan TikTok. Antara saranan lain ialah mengembalikan Messenger ke dalam aplikasi selepas ia menjadi aplikasi kendiri sejak 2011.

Ini bukan kali pertama Facebook diubah untuk bersaing dengan aplikasi lain. Sebelum TikTok, Snapchat mencabar Facebook sehingga mereka memberikan ciri yang serupa di dalam Instagram. Tetapi cabaran yang diberikan oleh TikTok lebih sengit kerana pengguna semasa lebih gemar menonton video berbanding teks yang menjadi mod perhubungan utama Facebook sejak dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd