Terdapat banyak pilihan pengangkutan awam yang boleh digunakan. Dengan ekonomi sudah dibuka dan pekerja kembali ke pejabat, penggunaan pengangkutan awam boleh mengurangkan kesesakan lalulintas khususnya di Lembah Klang. Sempena pembukaan laluan Laluan MRT Putrajaya Fasa 1 hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT dan Bas RapidKL kini boleh digunakan percuma selama sebulan.

Perkhidmatan percuma selama 30 hari ini membolehkan orang ramai mencuba sendiri prasarana di bawah kelolaan RapidKL. Ini juga tambah beliau akan mengurangkan beban kepada rakyat kerana peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.
MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu mempunyai 12 hentian antara Kwasa Damansara ke Kampung Batu dengan jajaran sepanjang 17.5km. MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral pula sudah 98% siap dengan ia sasaran operasi bermula pada Januari 2023. Waktu operasi laluan ini pula adalah dari jam 6 pagi hingga 11.30 malam. Pada waktu puncak tren akan tiba setiap 4-6 minit dan pada waktu bukan puncak pula setia 7-10 minit.
- Sumber
- Sumber – Rnggt