Cari @ Amanz

YouTube Music ialah platform penstriman muzik utama Google dengan ia memberikan persaingan kepada Spotify dan Apple Music. Bagi memberikan sedikit keunikan berbanding pesaing, YouTube Music melancarkan Spring Recap 2022 yang membolehkan pengguna melihat aktiviti mereka dalam aplikasi sepanjang musim bunga yang baru berakhir.

Spring Recap 2022 adalah mirip dengan ciri Recap yang diberikan pada penghujung tahun. Pengguna YouTube Music boleh melihat artis, lagu, album dan senarai main yang paling kerap dimainkan oleh pengguna pada musim bunga. Ia boleh diakses dari paparan hadapan aplikasi apabila ianya dibuka bermula hari ini. Ia kemudiannya boleh dikongsi oleh pengguna ke platform lain sekiranya perlu.

Selepas ini YouTube Music akan menghasilkan Recap bermusim dan bukan hanya pada penghujung tahun seperti yang dilakukan oleh Spotify. Dengan ciri ini YouTube Music berharap akan dapat menarik lebih banyak pengguna ke platform penstriman muzik mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd