Cari @ Amanz

Amazfit GTR 3 Pro telah dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu dengan fungsi yang memfokuskan terhadap kesihatan dan kecergasan pengguna. Terkini variasi edisi terhad untuknya pula telah diumumkan dengan beberapa perubahan ketara yang dilakukan oleh Amazfit. Untuk harga, ia dijual pada $209.99 (~RM923).

Tidak seperti model asal, Amazfit GTR 3 Pro Limited Edition menggunakan skrin sejenis rata dengan padanan muka jam berbentuk bulat. Satu lagi perubahan ketara yang boleh dilihat adalah penggunaan tali berasaskan kulit dan bukannya bertekstur pada variasi baru ini. Dua butang fizikal dan cangkuk sejenis standard turut masih dikekalkan pada jam tangan ini.

Tiada perubahan untuk spesifikasi dalaman. Ia menggunakan skrin sejenis UHD AMOLED sebesar 1.45-inci. Turut melengkapinya, fungsi yang memfokuskan terhadap kesihatan dan kecergasan pengguna seperti pemantauan kadar degupan jantung, pola tidur, kadar stres harian dan sebagainya. Tidak ketinggalan, ia juga mempunyai ketahanan kalis air 5ATM, bateri sehingga 30 hari, GPS dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd