CyberSecurity Malaysia kini memberi peringatan kepada orang ramai, supaya tidak menjalankan sebarang transaksi melalui sambungan WiFi awam. Ini termasuk menggunakan dompet digital atau sebarang pembayaran digital lain.
Ketika menggunakan WiFi awam, ancaman untuk serangan adalah terbuka, dan tidak begitu selamat – sekaligus membuatkan data peribaadi dan sejumlah data lain mungkin boleh diakses pihak pengodam.
Selain itu, terdapat kemungkinan juga penyerang sendiri melakukan samaran ragkaian WiFi.
CyberSecurity Malaysia turut menasihatkan supaya kalau boleh elak atau berhati-hati ketika menggunakan WiFi awam. Mungkin juga boleh gunakan sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan.