Nokia sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti di bawah siri G seperti Nokia G10, Nokia G21, Nokia G50 dan banyak lagi. Terbaru, sebuah lagi variasi baharu di bawah siri yang sama didapati telah tertiris ke arena web.

Mungkin dikenali dengan nama Nokia G11 plus, ia didapati tertiris di Geekbench. Ia menunjukkan peranti dilengkapi cip pemprosesan lapan teras berkelajuan mencapai 1.16GHz dan GPU Mali G57. Memetik sumber, cip tersebut besar kemungkinan adalah UniSoC T606 yang turut dipadankan dengan memori 4GB RAM dan sistem operasi Android 12.
Ia bagaimanapun dijangka turut hadir dengan beberapa varian berbeza selepas dilancarkan secara rasmi kelak. Penyenaraian turut mendedahkan kutipan mata yang mencatatkan skor sebanyak 309 mata untuk ujian satu teras dan 1,302 mata untuk ujian multi-teras.