Cari @ Amanz

Carsome dengan kerjasama Sunway Innovation Labs (iLabs) kini sedang menganjurkan program Carsome Mobility Lab yang tertumpu kepada ekosistem kenderaan rintis. Penganjurannya bertujuan memperkasakan pertumbuhan startup dalam bidang berkenaan melalui bimbingan mudah. Di samping turut menunjukkan kesediaan untuk mengalu-alukan lebih banyak penyertaan daripada mana-mana startup yang mempunyai penyelesaian inovatif.

Program ini memfokuskan terhadap beberapa tonggak utama seperti perkhidmatan kewangan, mobiliti mampan, blockchain & NFT, kecerdasan buatan & pembelajaran mesin, ekosistem automotif bersambung, reka bentuk & perkakasan automotif serta pasaran & penyedia sokongan kenderaan.

Difahamkan, para peserta yang terpilih kelak akan menjalani latihan selama 4 bulan menerusi pelbagai bentuk aktiviti termasuklah mentor dan bengkel. Lebih menariknya, ia turut melibatkan perkongsian pengalaman bersama pakar dari industri.

Seterusnya antara manfaat yang disediakan oleh pihak penganjur juga adalah pelbagai seperti rangkaian pembiayaan, sokongan kredit AWS bernilai sehingga $100,000, peluang berkongsi perniagaan dengan pemimpin industri dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, pendaftaran kini telah dibuka sehingga 4 Julai 2022 tanpa sebarang caj yang dikenakan. Untuk lebih lanjut, anda juga boleh sertai sesi penerangan oleh pihak penganjur yang bakal diadakan pada 20 Jun 2022 bermula jam 10 pagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd