Selepas tertiris dalam beberapa imej pengolokan tular, kewujudan Realme C30 kini telah disahkan oleh pihak Realme. Perkongsian Realme turut mendedahkan rekaan pada peranti yang dilihat sama seperti gambaran yang diperlihatkan sebelum ini.

Panel hadapan bertakuk kecil dengan padanan panel belakang yang menyokong satu kamera utama sahaja. Ia turut menggabungkan tubuh sejenis berkotak dengan sisi lengkung bertujuan untuk cengkaman lebih baik.

Menurut Realme, peranti pintar ini akan dilancarkan secara rasminya di India pada 20 Jun 2022. Beberapa spesifikasi utama padanya turut telah didedahkan. Di mana, ia bakal dilengkapi cip Unisoc T612, bateri 5000mAh dan tersedia dalam beberapa pilihan warna seperti biru atau hijau.

Tidak ketinggalan, ia juga memiliki berat 182 gram dengan ketebalan sekitar 8.5mm. Itu sahaja informasi mengenai spesifikasi peranti yang diketahui setakat ini. Selebihnya pasti terjawab selepas peranti ini dilancarkan secara rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- Sumber – Realme India