Carian
Oppo Reno7 A Dilancarkan Dengan Snapdragon 695, Skrin 90Hz, Kamera 48MP
June 16, 2022 Amy Maizuraa

Oppo Reno 7A telah dilancarkan sebagai pengganti kepada Oppo Reno 5A yang diumumkan sebelum ini. Ia menggunakan cip Snapdragon 695 sekaligus menjadikannya lengkap dengan rangkaian 5G terbina. Bersama-sama dengannya, ia turut disertakan dengan beberapa ciri menarik lain seperti penarafan kalis air IP68, skrin dengan kadar segar semula 90Hz dan banyak lagi.

Untuk lebih khusus, ia menggunakan skrin 6.4-inci AMOLED beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip Snapdragon 695 yang digunakan turut dipadankan dengan memori 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB UFS 2.2. Sebagai tambahan, ia turut menyediakan slot untuk kad mikroSD untuk ruang tambahan. Sistem kamera utama terdiri dengan 48MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Bateri yang digunakan pula sebesar 4,500mAh dengan pengecasan 18W.

Lain-lain spesifikasi termasuklah penarafan kalis air IPX/IP6X, menjalankan ColorOS 12 berasaskan Android 11, pengimbas cap jari di skrin dan sebagainya. Oppo Reno 7A dijual di Jepun pada 44,800 Yen (~RM1,482) dengan beberapa pilihan warna seperti Starry Black atau Dream Blue.

Komen