Xiaomi 12 Ultra Mungkin Dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1, Kamera 50MP OIS

Diterbitkan pada Jun 16, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelbagai ura-ura yang membabitkan Xiaomi 12 Ultra kedengaran sejak kebelakangan ini. Paling menarik adalah ia dikatakan hadir dengan penggunaan sistem lensa keluaran Leica. Tularnya imej yang menunjukkan Xiaomi 12 Ultra dengan logo Leica seakan menguatkan lagi spekulasi berkenaan.

Terbaru, giliran spesifikasi peranti pula tertiris menerusi salah satu ciapan yang dimuat-naik oleh Yogesh Brar. Peranti dikatakan hadir dengan skrin sebesar 6.7-inci AMOLED QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 turut akan digunakan dengan padanan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Kamera utama terdiri dengan sensor utama 50MP (OIS) yang kemudiannya diikuti dengan 48MP + 48MP +ToF + Laser AF. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 20MP. Kapasiti bateri pula adalah 4,800mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 67W dan nirwayar 50W.

Tidak ketinggalan, peranti turut akan menjalankan sistem operasi Android 12 dengan antaramuka MIUI13. Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti yang diketahui setakat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami