Cari @ Amanz

Parlimen Jepun telah pun meluluskan perundangan baharu, dimana “penghinaan atas-talian” boleh dihukum dalam bentuk penjara atau denda.

Perundangan baharu ini diperkenalkan dengan peningkatan kebimbangan orang ramai terhadap buli siber – apatah lagi dengan baru-baru ini seorang selebriti TV realiti yang membunuh diri selepas dibuli di media sosial.

Melalui perundangan baharu ini, seseorang yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga setahun, atau didendah 300,000 yen, sekitar RM9.9k.

Apa pun, pengenalan perundangan ini turut membawa kepada debat dalam negara tersebut – termasuk persoalan berkenaan apakah yang diklasifikasikan sebagai penghinaan. Salah satu persoalan yang menjadi pertanyaan adalah apabila sesuatu komen tersebut melibatkan ahli politik, dan pemerintah di sana.

Jepun menetapkan yang mana perundangan baharu ini disemak semula dalam tempoh tiga tahun – dan melihat kesan dan impak terhadap kebebasan bersuara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd