Carian
Sony Honda Mobilty Adalah Nama Untuk Syarikat Automotif EV Kerjasama Sony Dan Honda
June 16, 2022 Aman

Sony dan Honda sedia mengumumkan perancangan untuk bekerjasama dan menubuhkan syarikat automotif memfokuskan kenderaan elektrik sebelum ini. Lanjutan daripadanya, hari ini ia diumumkan, syarikat tersebut akan dikenali sebagai Sony Honda Mobility Inc.

Syarikat ini akan ditubuhkan di Tokyo, Jepun menjelang penghujung 2020 ini, dengan sasaran mula menjual kenderaan seawal 2025 kelak.

Kedua-dua syarikat, Sony dan Honda akan memegang sebanyak 50% pada syarikat baharu ini. Sony akan menyediakan kepakaran dalam pengimejan, sensor, telekomunikasi, rangkaian, dan teknologi lain – sementara Honda pula akan berkongsi kepakaran dalam teknologi persekitaran, keselamatan, pembangunan kenderaan, rekabentuk badan kenderaan, dan juga pengalaman pengurusan pasca jualan.

Dengan langkah ini, pelbagai kenderaan elektrik dijangka akan dipasarkan oleh syarikat baharu ini. Sony sendiri sebelum ini telah mempertontonkan dua kenderaan elektrik mereka. Ia tidak diketahui sama ada kedua-dua kereta elektrik tersebut akan dipasarkan dibawah syarikat baharu ini, atau kita akan melihat pengenalan model baharu oleh syarikat ini.

Komen