Cari @ Amanz

Snapchat kini dilihat turut sedang membangunkan sebuah ciri langganan seperti beberapa platform sosial lain, iaitu sokongan langganan berbayar.

Snapchat menamakan ciri ini sebagai Snapchat+, dan ia memberikan akses kepada sejumlah ciri-ciri eksklusif, ekperimental dan juga ciri yang dalam pembangunan.

Antara ciri yang disertakan adalah termasuk kebolehan pin rakan sebagai rakan karib, akses kepada sejumlah ikon Snapchat, dan memaparkan ikon Snapchat+ pada profil.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Snapchat akan memperkenalkan Snapchat+ ini secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd