Cari @ Amanz

Nilai wang kripto utama sedang jatuh mendadak akhir-akhir ini kerana ketidakstabilan ekonomi dengan inflasi dapat dilihat di seluruh dunia. Sudah menjadi lumrah terdapat risiko dalam melakukan pelaburan kripto lebih-lebih lagi jika ia adalah wang kripto meme. Keith Johnson seorang pelabur Doge Coin telah memfailkan saman ke atas Elon Musk, SpaceX dan Tesla berjumlah $258 biilon (~RM 1.1 trilion) kerana didakwa terlibat dalam skim piramid Doge Coin.

Dogecoin

Saman kelompok difailkan beliau di Manhattan. Elon, SpaceX dan Tesla didakwa bertanggungjawab mempromosikan Doge Coin sebagai untuk menguntungkan diri sendiri sehingga mengakibatkan kerugian kepada pelabur lain selepas nilainya turun mendadak. Nilai yang diminta oleh Johnson adalah tinggi kerana ianya mewakili semua pelabur Doge Coin sejak April 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd