Samsung Galaxy F13 pernah tertiris dalam beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh WinFuture. Ia menunjukkan peranti lengkap dengan sistem tri-kamera bersama panel hadapan bertakuk kecil. Bercakap lebih lanjut mengenainya, peranti berkenaan kini telah ditemui tersenarai menerusi Flipkart.


Ia bakal dilancarkan di India pada 22 Jun 2022 dengan beberapa titik jualan utama. Misalnya seperti skrin LCD dengan resolusi FHD+, bateri 6,000mAh dan memori mencapai 8GB RAM yang turut menyokong ciri RAM Plus. Buat masa ini, spesifikasi yang didedahkan dilihat agak terhad. Penawaran lebih lanjut bakal terjawab sepenuhnya selepas peranti dilancarkan secara rasmi kelak.