Xiaomi sedia membangunkan sebuah robot anjing pintar yang boleh diprogram untuk melakukan sejumlah perkara. Kini, dalam mendemonstrasikan pelbagai kelebihan yang dibawakan oleh Xiaomi Cyberdog ini, Xiaomi Malaysia akan membawa robot anjing berkenaan pusing keliling Malaysia.

Sejumlah lokasi akan disinggah oleh Xiaomi Cyberdog ini, bermula dengan Pavilion Bukit Jalil dan Paradigm Mall, Johor Bahru.

Langkah ini turut akan memperlihatkan keupayaan pihak Xiaomi dalam pembangunan robot, disamping mempertontonkan keupayaan teknologi dan kecerdasan pintar mereka.