Cari @ Amanz

Google Meet pada hemat saya adalah antara perkhidmatan telesidang terbaik setakat ini. Ia padat dengan ciri dan fungsi menari, lebih-lebih jika menggunakan versi web. Malah di Amanz, untuk mesyuarat pun kami akan menggunakan Google Meet kerana ia mudah untuk digunakan.

Google kini mengemaskini Google Meet dengan ciri mod gambar-dalam-gambar. Ciri ini hanya boleh digunakan melalui pelayar web Chrome dengan tekan menu tiga titik dan pilih Open picture-in-picture. Sesi telesidang akan terus berubah menjadi tetingkap terapung di bahagian hujung bawah Chrome.

Pada tetingkap terapung ini, ia boleh memaparkan sehingga empat tile Google Meet. Pengguna boleh menggunakan Chrome pada skrin penuh untuk sambung melakukan tugasan, semak informasi yang dibentangkan atau dibincangkan sambil boleh lihat peserta lain dalam panggilan sama.

Google turut membenarkan pengguna menyemat (pin) banyak suapan video untuk kemudahan dan keselesaan pengguna. Ciri ini dilihat sudah diedarkan bermula hari ini kepada semua pengguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd