iPad Pro Dan MacBook Dengan Skrin OLED Besar Kemungkinan Akan Tiba Pada Tahun 2024
Fahim Zahar
Ross Young iaitu penganalisa terkenal mengenai pelbagai produk teknologi kini menyatakan yang Apple besar kemungkinan akan hadir dengan MacBook dan iPad baharu yang menggunakan skrin OLED. Kedua-dua produk ini dijangka akan tiba sekitar tahun 2024 nanti.
Untuk MacBook, beliau berpendapat yang ia mungkin adalah MacBook Air, MacBook Pro atau MacBook dalam kategori baharu. Ia akan hadir dengan saiz 13.3-inci. Untuk iPad pula, ia akan hadir dengan pilihan saiz 11-inci dan 12.9-inci, memberi petanda ia adalah iPad Pro baharu.
Panel OLED yang akan digunakan ini turut dikatakan mempunyai kecerahan yang lebih terang, mempunyai jangka hayat lebih panjang dan juga kurang menggunakan kuasa. Panel OLED ini turut akan menyokong kadar segar semula tinggi adaptif. Semua ini tidak mustahil kerana Apple akan menggunakan teknologi tandem bertindan iaitu tandem stack.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.