Selepas Hampir 8 Jam, Touch n Go eWallet Kini Kembali Beroperasi Seperti Biasa
June 17, 2022
Aplikasi
Aman
Touch n Go eWallet hari ini menghadapi masalah, sekaligus membuatkan pelbagai perkhidmatan pembayaran sukar untuk diakses. Hal ini turut menjejaskan pembayaran melibatkan di lebuhraya, terutamanya untuk PayDirect dan juga RFID.

Apa pun, kini, selepas hampir 8 jam menghadapi masalah, pihak Touch n Go eWallet mengatakan perkhidmatan mereka kini berfungsi seperti biasa kembali.
Pihak Touch n Go eWallet tidak memberikan sebarang sebab mengapa masalah berlaku, dan apakah punca yang mengakibatkan dompet digital popular berkenaan sukar digunakan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.