Cari @ Amanz

Microsoft pada minggu ini telah pun menamatkan secara rasminya sokongan untuk pelayar web Internet Explorer – sekaligus membuatkan ramai beralih ke pelayar web lain, termasuk menggunakan IE Mode di Edge untuk kekal menggunakan aplikasi yang dibangunkan untuk Interet Explorer.

Apa pun, di Jepun, ia dilihat keadaan agak berbeza.

Hampir separuh perniagaan masih bergantung kepada pelayar web Internet Explorer. Hal ini kerana sistem yang digunakan oleh klien dalam melakukan tempahan, selain untuk pengurusan pekerja.

Malah pelbagai notis berkaitan pencen dan persaraan masih perlu menggunakan pelayar web Internet Explorer.

Dengan penamatan sokongan dan penawaran, kini ramai telah mula beralih ke penggunaan IE Mode di Edge. Mungkin dengan penamatan penuh Internet Explorer, kita akan melihat Jepun akhirnya beralih ke perkhidmatan yang lebih moden lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd