Meta Avatars Store Menawarkan Pakaian Digital Jenama Mewah Kepada Pengguna

Diterbitkan pada Jun 18, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta Avatars Store telah dilancarkan semalam oleh Mark Zuckerberg yang membolehkan pengguna platform metamesta Meta membeli pakaian digital untuk watak mereka. Antara syarikat yang akan menawarkan pakaian untuk avatar adalah Balenciaga, Prada dan Thom Browne. 

Avatar 3D Meta disokong pada Facebook, Instagram dan Messenger. Masih terdapat pilihan pakaian serta aksesori percuma tetapi bagi pengguna yang inginkan avatar yang kelihatan lebih eksklusif Meta Avatars Store akan menjadi tempat pembelian boleh dilakukan.

Meta belum mengumumkan harga jualan pakaian digital ini. Pada peringkat permulaan Meta Avatars Store boleh diakses oleh pengguna di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Thailand terlebih dahulu. Stor juga akan dibuka kepada pengguna lain untuk menjual pakaian digital rekaan mereka sendiri di masa hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami