American Express Menawarkan Kad Kredit Yang Diperbuat Daripada Boeing 747
June 18, 2022
Effi Saharudin
American Express kini menawarkan kad kredit edisi khas untuk pelanggan Delta Air Lines yang diperbuat daripada sebuah pesawat Boeing 747. Kad keahlian khas ini hanya ditawarkan kepada sebahagian kecil pelanggan Delta Air Lines sebagai tanda syarikat berterima kasih atas kesetiaan mereka.

Logam dari pesawat Boeing 747 yang dahulunya digunakan oleh Delta telah digunakan sebagai bahan asas kad. Ia telah terbang sejauh 68 juta batu selama 27 tahun sebelum dibersarakan pada tahun 2017.
[sumber] Sumber – Business Wire [/sumber]
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.