Cari @ Amanz

Sebanyak 1700 kes cacar monyet telah dikesan di seluruh dunia setakat ini yang mengakibatkan 72 kes kematian. Walaupun tidak mendatangkan impak yang besar seperti Covid-19, cacar monyet kini menyebabkan wujudnya prejudis kepada benua Afrika seperti mana Covid-19 pada awalnya menyebabkan prejudis kepada negara China.

Selepas menerima saranan daripada 30 ahli saintis terkemuka dunia, WHO akan mengubah nama cacar monyet ke nama baharu yang masih belum diumumkan. Langkah diambil selepas penyakit ini mula dikaitkan dengan benua Afrika dan penggunaan terma monyet yang berunsur perkauman mula disebarkan di media sosial.

Penggunaan nama cacar monyet itu sendiri kurang tepat memandangkan vektor utama penebarannya ialah menerusi tikus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd