Carian
Bitcoin Terus Memperlihatkan Trend Penurunan, Kini Dibawah RM80k
June 19, 2022 Aman

Nilai Bitcoin kini terus memperlihatkan trend penurunan. Melalui kemaskini harga semasa, ketika artikel ini ditulis, nilai 1 Bitcoin kini dibawah RM80,000.

Trend ini dikaitkan dengan situasi makroekonomi semasa, termasuk melibatkan inflasi.

Bitcoin sebelum ini telah mencatatkan nilai mencapai hampir RM300,000 pada tahun lepas, sekaligus turut membawa pelbagai nilai kriptowang meningkat mendadak. Namun, disebabkan trend menurun ini, ia turut memberikan kesan kepada pelbagai kriptowang dipasaran.

Selain Bitcoin, Ethereum pula kini bernilai sekitar RM4152, sementara XRP pada nilai RM1.32.

Pasaran keseluruhan kriptowang kini adalah sekitar $844 bilion.

Komen