SKMM : Pembekal Internet Yang Gagal Sedia Khidmat Internet Berkualiti, Akan Dikenakan Tindakan

Diterbitkan pada Jun 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengatakan mereka akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal internet dan telekomunikasi yang gagal menyediakan perkhidmatan berkualiti.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada arahan menteri komunikasi meminta SKMM melakukan audit perkhidmatan internet di seluruh Malaysia, termasuk pemetaan kelajuan sebenar internet serta membandingkan ia dengan apa yang dikongsikan oleh syarikat telekomunikasi.

SKMM turut menekankan supaya pembekal perkhidmatan menyediakan perkhidmatan yang bermutu kepada pengguna.

Pembekal yang gagal memenuhi janji kepada pengguna, boleh dihukum denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali.

komen


© Amanz / 2022 Kami