Telegram Kini Mempunyai Lebih 700 Juta Pengguna Aktif Bulanan
June 20, 2022
Aplikasi
Aman
Telegram hari ini berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih 700 juta pengguna aktif bulanan.
Menariknya berkenaan Telegram ini adalah ia berkembang mengikut saranan pengguna, dan bukannya melalui pengiklanan serta lain-lain.

Telegram bukan sekadar aplikasi permesejan, tetapi ia seumpama aplikasi sosial tersendiri – membolehkan pengguna mengenali rakan-rakan baharu melalui pelbagai Telegram Groups, Telegram Channel dan sebagainya.
Bersama-sama pengenalan ini juga, Telegram secara rasminya memperkenalkan Telegram Premium hari ini, iaitu sebuah perkhidmatan langganan berbayar daripada Telegram dengan akses kepada ciri-ciri premium.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.