Telegram hari ini melancarkan Telegram Premium secara rasminya, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri tambahan kepada para pelanggan perkhidmatan berkenaan. Namun, apa yang mengejutkan adalah dari segi harga langganannya.
Telegram Premium ditawarkan pada harga RM22.90 sebulan untuk pengguna tempatan – yang mana agak mahal jikalau dibandingkan dengan perkhidmatan penstriman muzik mahupun video yang lebih berharga rendah.

Telegram Premium menyertakan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk antaranya adalah:
- Had berganda untuk semua – boleh sertai lebih 1000 Channel, melakukan lebih 20 folder, menambah 4 akaun dan sebagainya.
- Had muat-naik 4GB – Telegram Premium membolehkan anda muat-naik sehingga 4GB
- Kelajuan muat-turun lebih laju
- Sokongan audio ke teks
- Tiada Pengiklanan
- Sticker Premium, dan lain-lain
Bagi anda yang menggunakan Telegram pada iPhone, ciri ini sudah boleh diakses melalui kemaskini terbaru. Kemaskini untuk Android dijangka menyusul.
Pada harga RM22.90, adakah anda akan melanggan Telegram Premium?