Apple MacBook Pro Dengan Cip M2 Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia

Diterbitkan pada Jun 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini melalui Apple Store Online telah mula menawarkan komputer riba MacBook Pro terbaru yang hadir dijana dengan cip Apple M2 terbaru.

Apple MacBook Pro baharu ini hadir dengan skrin 13-inci, dengan pilihan storan sehingga 2TB. Cip Apple M2 dikatakan menawarkan prestasi pemprosesan 18% lebih tinggi, selain GPU 35% lebih berkuasa. Penggunaan tenaga juga lebih efisien – menawarkan masa penggunaan sehingga 20 jam lamanya pada MacBook Pro ini.

MacBook Pro baharu ini hadir dengan rekaan seumpama MacBook lama, turut menyertakan ciri Touch Bar, dan tiada takuk pada skrin. Kamera hadapan juga dihadkan kepada 720p berbanding beberapa model lain yang menawarkan kualiti 1080p.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan MacBook Pro pada harga bermula RM5699 hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami