Cari @ Amanz

Kapal udara gergasi Airlander 10 oleh Hybrid Air Vehicles (HAV) cuba memulakan semula penggunaan kapal udara sebagai sistem pengangkutan massa yang terhenti selepas tragedi Hindenburg. Sejak diperlihatkan pada tahun 2016, Airlander berjaya melakukan beberapa penerbangan ujian dan turut terhempas sekali selepas berlaku kebocoran. Sungguhpun begitu Air Nostrum Group telah memesan 10 pesawat yang akan digunakan bagi membawa penumpang di Sepanyol.

Air Nostrum akan menerima pesawat pertama menjelang 2026. Kabin boleh menempatkan 72-100 penumpang bergantung kepada konfigurasi yang dipilih. Pada waktu ini Airlander 10 masih menggunakan empat enjin bahan api fosil tetapi HAV mempunyai perancangan untuk menukarnya dengan enjin hibrid elektrik yang memberikan jarak operasi sehingga 750 km menjelang 2025. Kemudian menjelang 2030 enjin elektrik sepenuhnya akan digunakan.

Dengan ukuran 92 meter panjang, 43.5 meter lebar dan 26 meter tinggi ia memintas An 225 yang hanya 84 meter panjang, 88.5 meter lebar dan 18.1 meter tinggi sebagai pesawat udara terbesar di dunia yang masih beroperasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd