Cari @ Amanz

Akses kepada teknologi ialah antara hak asasi manusia. Teknologi membolehkan maklumat diakses percuma dan kini ia sudah dianggap perlu kerana semua benda boleh dilakukan secara atas talian. AbacusBasic ialah sebuah komputer yang ingin mendemokrasikan teknologi dengan ia dijual pada harga £120 (~RM645) sebuah.

Keseluruhan komputer AbacusBasic diletakkan di dalam sebuah papan kekunci. Ia dilengkapi cip 64-bit Intel Atom x5-Z8350 Cherry Trail, memori sheingga 8GB LPDDR3 64-bit dual channel dan storan sehingga 128GB eMMC. Storan boleh ditambah sehingga 512GB menggunakan kad mikro SD.

Komputer hanya perlu disambung kepada sebuah monitor menerusi port HDMI 2.0 dengan sokongan sehingga 4K. Pilihan I/O pula ialah 1x USB-A 3.0, 2x USB-A 2.0, bicu audio 3.5mm, 1x RJ45 dan 1x USB-C untuk sumber kuasa. Sebuah papan kekunci tenkeyless berlampu disertakan bersama dengan sebuah pad sesentuh terbina pada bahagian kanan. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 10.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd