Google Menjemput Apple Guna RCS Pada iMessage Dengan Lagu Drake “Text Go Green”

Diterbitkan pada Jun 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

RCS atau Rich Communication Services adalah kaedah pemesejan yang baharu. Ia adalah pengganti kepada SMS yang menyokong penghantaran media resolusi tinggi, boleh lihat indikasi pengguna sedang menaip, hanya memerlukan sambungan Internet untuk menggunakannya, mempunyai privasi dan sekuriti tinggi termasuk mesej disulitkan dan banyak lagi.

RCS boleh digunakan pada banyak peranti Android sekarang, antara aplikasi yang sedia menyokong adalah Google Message dan Samsung Message. Ia boleh dikatakan satu perkhidmatan seakan iMessage, tetapi bersifat universal dan membolehkan semua peranti Android digunakan tanpa mengikut jenama.

Google sudah lama mencadangkan kepada Apple untuk mengintegrasikan sokongan RCS pada iMessage dan tidak menggunakan sistem tersendiri mereka. Walaupun iMessage mempunyai ciri dan fungsi sama seakan RCS, ia hanya boleh digunakan di antara pengguna Apple sahaja. Jika pengguna iPhone menghantar mesej ke pengguna iPhone, buih teks akan berwarna biru. Tetapi jika dihantar kepada pengguna Android, ia akan menjadi warna hijau yang bermaksud SMS sedang digunakan.

Google terkini menggunakan lagu Drake baharu Text Go Green daripada album Honestly, Nevermind untuk mengejek agar Apple mengintegrasikan RCS pada iMessage. Lagu ini memberi maksud teks pada mesej diterima menjadi hijau pada pengguna iPhone apabila pengguna lain menghalang melalui iMessage.

Menurut Google, hanya Apple yang boleh melakukan perkara ini dan jurutera berbakat mereka sahaja boleh membaiki “masalah” ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami