ASUS ZenScreen OLED MQ16AH Ialah Paparan Mudah-Alih OLED Yang Mudah Dibawa Kemana-mana

Diterbitkan pada Jun 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ASUS baru-baru ini telah mengemaskini siri paparan skrin mudah-alih mereka dengan memperkenalkan model terbaru yang dinamakan ASUS ZenScreen OLED MQ16AH yang kini dikemaskini dengan penggunaan paparan skrin OLED berbanding IPS yang digunakan pada model sebelum ini.

ZenScreen OLED MQ16AH ini tampil dengan panel OLED bersaiz 16 inci dan mempunyai resolusi Full HD dengan kadar segar semula 60Hz. Perbezaan yang dapat diperlihatkan pada paparan skrin ini ialah dari segi kualitinya, dimana ia mempunyai julat kejituan warna Delta E <2, penawaran gamut 100 peratus DCI-P3, 10-bit (1.07 bilion warna), sokongan HDR-10, dan nilai kecerahan setinggi 400 cd/m².

Paparan skrin ini juga tampil dengan sebuah palam Mini HDMI dan dua palam USB 3.2 Type-C. Sekiranya anda mneggunakan palam HDMI untuk menyambungkan paparan ini kepada komputer riba, anda akan perlu menggunakan kabel USB-C untuk menguasakan paparan ini, tetapi jika anda menggunakan kabel USB-C dengan sokongan DisplayPort dan PD 20W, satu kabel sahaja diperlukan untuk menguasakan paparan ini.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah ASUS akan mula menjual paparan ini dan juga tanda harganya.

komen


© Amanz / 2022 Kami