Skrin QLED Samsung Kini Digunakan Dalam Pesawat American Airlines

Diterbitkan pada Jun 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Televisyen QLED 8K terkini Samsung baru sahaja sahaja dilancarkan di Malaysia beberapa minggu yang lalu. Kelebihan panel ini ialah ia tidak memaparkan masalah burn-in OLED tetapi pada waktu yang sama memaparkan warna hitam yang gelap. Kini teknologi QLED yang dahulunya eksklusif pada TV akan digunakan pada sistem hiburan dalam pesawat American Airlines bermula 2023.

American Airlines mengumumkan penggunaan sistem infohibur dalam pesawat Thales AVANT yang menggunakan skrin Optiq berasaskan Samsung QLED dengan resolusi 4K HDR. Pesawat Airbus  A321XLR dan Boeing 787-9 akan dilengkapi skrin 17″ QLED pada tempat duduk kelas pertama, 13.3″ QLED pada kelas ekonomi premium dan 11.6″ QLED pada kelas ekonomi kesemuanya dengan sokongan sesentuh.

Sistem Thales AVANT juga menawarkan sistem pengecasan 60Q USB-C pada kerusi penumpang. Walaupun skrin kini lebih besar, saiz sistem masih lagi sama kerana penambahbaikan dilakukan pada saiz bezel yang lebih kecil.

komen


© Amanz / 2022 Kami