Sementara Meta melihat kepada TikTok untuk era baharu, Elon Musk pula kini mengatakan Twitter perlu lebih menyerupai WeChat untuk berjaya.
WeChat merupakan aplikasi permesejan yang popular di China, dan digunakan untuk lebih daripada berkomunikasi – termasuk untuk pembayaran dan sebagainya. Secara kasar, ia boleh dikatakan agak sukar hidup di China tanpa aplikasi WeChat.

Elon Musk mengatakan tiada penawaran seumpama WeChat di luar China, dan Twitter boleh melakukan perkara berkenaan.
Twitter pada hari ini sedia menawarkan khidmat sosial dan permesejan, selain sedang memperluaskan penawaran meliputi pembayaran, dan beberapa ciri baharu.
Pada masa yang sama, Elon Musk menyasarkan ingin melihat Twitter digunakan sekitar 1 bilion pengguna aktif dalam tempoh sekitar 10 tahun lagi.