Astro Kini Mempunyai 11.3 Juta Penonton Setiap Hari, Menonton 187 Minit Setiap Hari Secara Purata

Diterbitkan pada Jun 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Astro kini berkongsi mengatakan perkhidmatan Astro Go mempunyai sekitar 919,000 pengguna aktif bulanan, dimana masing-masing menonton secara purata selama 244 minit setiap minggu.

CEO Astro menekankan yang mana walaupun angka penonton tv linear mereka berkurangan, tetapi pengguna beralih ke platform tontonan lain dibawah Astro, seperti dalam bentuk VOD dan juga Astro Go. Secara tidak langsung, orang ramai masih meluangkan masa yang tinggi di platform Astro setiap minggu.

Bercakap mengenai pada saluran tv mereka sendiri, Astro kini mempunyai sekitar 11.3 juta penonton setiap hari, dimana secara purata mereka meluangkan masa selama 187 minit menonton saluran Astro.

Astro baru-baru ini telah memperkenalkan platform pengiklanan mereka yang boleh dioptimasikan mengikut jenis penonton dan kumpulan demografi melalui teknologi pengiklanan dan penyiaran mereka, menjadikan mereka pertama di rantau Asia Tenggara yang melakukan perkara tersebut.

komen


© Amanz / 2022 Kami