Carian
Meta Memperlihatkan Rekaan Konsep Set Realiti-Maya Yang Moden Dan Futuristik
June 20, 2022 Aman

Meta sedia melakukan pelaburan tinggi dalam arena realiti-maya dan metamesta. Terbaru, melalui video ringkas yang diterbitkan pada web mereka berkenaan dengan penggunaan realiti-maya, video tersebut turut mempertontonkan set kepala dengan rekaan yang lebih moden.

Set kepala yang digunakan ini membawakan rekaan nipis, dan seperti selesa dipakai dikepala. Ia tidak tebal seperti yang digunakan hari ini.

Melengkapkan ia juga adalah sarung jari nipis untuk memudahkan pengguna berinteraksi dalam arena realiti-maya.

Melalui konsep yang dipertontonkan, Meta memperlihatkan bagaimana metamesta membantu dalam pembelajaran, selain dalam melalui latihan pembedahan.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan rekaan set realiti-maya baharu ini?

Komen