Tentera Amerika Syarikat akan meningkatkan penggunaan dron yang akan mengurangkan jumlah juruterbang manusia apabila memasuki kawasan berisiko tinggi. Seperti kenderaan elektrik, penggunaan dron elektrik juga akan dipertingkatkan dalam bidang ketenteraan. Oleh itu sebagai persediaan, DARPA mengumumkan projek membangunkan sistem pengecasan untuk dron semasa ia masih terbang di udara.

Projek Airborne Energy Well meminta rekaan sistem pengecasan dron elektrik dibangunkan untuk pesawat mengisi minyak yang ada. Sistem pengecasan berasaskan laser sekurang-kurangnya 100kW perlu mempunyai kemampuan mengecas dron secara nirwayar menggantikan sistem paip minyak sekarang. DARPA percaya pemindahan tenaga menggunakan laser boleh dilakukan dengan selamat.
Projek masih di peringkat awal dengan syarikat yang berminat perlu memperlihatkan rekaan mereka sebelum penghujung bulan hadapan sebelum pemilihan akan dilakukan.