TAG Heuer Connected Calibre E4 Dikemaskini Dengan Sokongan NFT Sebagai Muka Jam

Diterbitkan pada Jun 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TAG Heuer adalah jenama jam mewah yang cukup terkenal. Mereka juga tidak ketinggalan dalam menawarkan pelbagai variasi jam tangan pintar seperti TAG Heuer Connected. Terkini, mereka telah mengemaskini jam Wear OS TAG Heuer Connected Calibre E4 untuk menyokong NFT.

Jam ini menggunakan skrin AMOLED 1.39-inci dengan kaca nilam, dijana dengan Snapdragon Wear 4100+, tali jam daripada kulit lembu, menjalankan Wear OS, dimuatkan dengan aplikasi kecergasan tersendiri TAG Heuer Wellness, TAG Heuer Golf dan TAG Heuer Sports.

Jam ini bukannya jam baharu, tetapi adalah versi kemaskini yang menyokong NFT. Tag Heuer bekerjasama dengan Clone-X dan juga Bored Ape Yacht Club untuk memaparkan NFT mereka sebagai muka jam. Ia mempunyai beberapa mod berbeza seperti statik, bergerak dan saiz yang boleh tukar.

Tag Heuer menjual jam ini pada harga $1900 iaitu sekitar RM8362. Bagi yang sudah memiliki jam ini, kemaskini akan diedarkan dalam masa terdekat. Kelak anda boleh gunakan jam bernilai RM8300 untuk paparkan muka jam yang bernilai sekitar RM95,369,729.

komen


© Amanz / 2022 Kami