Program langganan GrabUnlimited telah dilancarkan beberapa bulan lalu dan mendapat sambutan menggalakkan. Program yang menawarkan pelbagai baucar, diskaun ini sebenarnya menawarkan lebih banyak lagi dari apa yang anda lihat pada sekilas pandang.
Ganjaran 1.5% Lebih Banyak Dari Pengguna Grab Biasa
Sekiranya anda melanggan pelan GrabUnlimited, anda akan mendapat 1.5% nilai pulangan. Nilai ini adalah lebih dari 0.5% yang diberikan kepada pengguna Grab yang tidak melanggan GrabUnlimited.
Seperti contoh, jika anda tidak melanggan GrabUnlimited, anda akan menggunakan 750 mata ganjaran GrabRewards untuk penebusan kupon RM 5 (sebelum ni, 800 mata ganjaran GrabRewards), tetapi jika anda melanggan GrabUnlimited, anda hanya menggunakan 500 mata ganjaran GrabRewards. Hal in pastinya lebih menjimatkan.
Malah diskaun ini ditawarkan kepada pelbagai jenama terkemuka seperti pembelian di Jaya Grocer turut menawarkan diskaun sehingga 1000 mata ganjaran untuk RM10 diskaun justeru anda boleh menebus kupon, pada penggunaan mata ganjaran yang lebih rendah.
Pengguna GrabUnlimited Akan Menerima Diskaun Premium Delivery
Jika anda sukakan Premium Delivery pada tempahan GrabFood, anda perlu melanggan GrabUnlimited. Ini kerana dengan GrabUnlimited, anda akan menerima diskaun untuk penggunaan Premium Delivery sebanyak RM 1, menjadikan harga Premium Delivery hanyalah RM 2.50 berbanding harga asal RM 3.50.
Malah lebih dari itu, sebagai pelanggan GrabUnlimited anda juga akan mendapat pemandu yang mempunyai penilaian tinggi walaupun menempah kenderaan JustGrab. Oleh itu anda boleh yakin dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik dari Grab.
Diskaun Berganda Setiap Bulan
Dan lebih dari ganjaran GrabRewards berganda dan juga diskaun Premium Delivery, pelanggan GrabUnlimited akan menerima sejumlah baucar yang banyak untuk pelbagai perkhidmatan Grab. Malah anda boleh menerima penghantaran GrabFood percuma sebanyak 50 kali penggunaan, dengan setiap satunya memberikan diskaun RM 3.
Ini juga disusuli dengan promosi setiap bulan yang menawarkan gabungan diskaun sehingga 50%, termasuklah penghantaran percuma. Jika dikirakan, pada langganan RM 0.01 (masih dalam harga promosi) anda akan menerima penjimatan sehingga RM 300.
Jadi apa tunggu lagi. Masih sempat untuk anda mencuba langganan GrabUnlimited pada harga promosi RM 0.01 dan menerima penjimatan berganda, disamping menambah mata ganjaran GrabRewards yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.
Langgan: Grab Unlimited
Penafian: Advertorial dari Grab Malaysia