Luno Malaysia Tambah Sokongan Dua Kriptowang Baru – LINK (Chainlink) Dan UNI (Uniswap)

Diterbitkan pada Jun 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Luno Malaysia kini menambah dua lagi kriptowang dibawah penawaran bursa dagangan mereka, iaitu Chainlink (LINK) dan juga Uniswap (UNI).

Chainlink memudahkan pengguna mendapatkan data dunia nyata dari Ethereum dan pelbagai rangkaian kriptowang lain. Sementara Uniswap pula merupakan penyedia penukaran kriptowang P2P terbesar dunia, memudahkan anda mengubah Ethereum ke token lain tanpa melibatkan pihak ketiga. Dengan penambahan ini, ia membolehkan pengguna mendapatkan kedua-dua kriptowang popular ini melalui platform Luno.

Dengan pengenalan ini juga, Luno menawarkan sokongan untuk tujuh kriptowang dibawah platform mereka di Malaysia.

Ketika artikel ini ditulis, Uniswap ditawarkan pada harga RM18.78 untuk 1UNI, sementara untuk 1 LINK pula, ia ditawarkan pada harga RM30.08. Luno dijangka memulakan dagangan penuh untuk kedua-dua kriptowang ini bermula esok, 21 Jun 2022, 5 petang.

komen


© Amanz / 2022 Kami